Friday, September 24, 2010

Aktiviti di KMS sempena Bulan Kemerdekaan

Pentomin - Pertandingan Drama 

Pertandingan drama yang diadakan oleh KMS sempena bulan kemerdekaan ini telah dihadiri oleh 5 kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Hayat dan Fisikal. Kreativiti dan bakat yang ditonjolkan semasa pertandingan amat dihargai dan dinikmati. Berikut adalah pemenang-pemenang pertandingan Pentomin.

Juara  
Kumpulan Dato Onn

Naib Juara 
Kumpulan Tunku Abdul Rahman

Tempat Ketiga 
Kumpulan Tun Hussein Onn

Tempat Keempat 
 Kumpulan Tun Ahmad Badawi

Tempat Kelima 
 Kumpulan Mahathir Mohd



Pertandingan Melukis Potret Tokoh

Pertandingan melukis potret tokoh-tokoh Malayisa juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pelajar yang gemar melukis. Bakat-bakat melukis para pelajar dapat ditonjolkan melalui potret-potret yang dihantarkan untuk dipertandingkan. Berikut merupakan pemenang pelukis kita :

Tempat Pertama 
 Khor Kang Xian

Tempat Kedua 
 Tan Yi Hang

Tempat Ketiga 
 Nur Athirah bt Mohammed Amin

Tempat Keempat 
 Teo Yong Teck

Tempat Kelima 
Muhammad Ishak bin Ahmad Saufi

Tempat Keenam 
 Wang Kang Choon



Pertandingan Koir 

Pertandingan Koir antara blok asrama telah diadakan untuk memyambut bulan kemerdekaan. Kumpulan penyertaan termasuk asrama perempuan iaitu blok Mira, blok Polaris, blok Vega dan asrama lelaki iaitu blok Capella dan blok Canopus. Pada hari pertandingan, peserta-peserta telah menonjolkan keharmonian suara dan kreativiti dalam menyampaikan lagu-lagu patriotik. Berikut merupakan pemenang asrama :



Juara 
Asrama Polaris

Naib Juara 
Asrama Vega

Tempat Ketiga 
 Asrama Capella

Tempat Keempat 
Asrama Mira

Tempat Kelima 
Asrama Canopus

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya ia diadakan di ruang tertutup Stadium Putra di Bukit Jalil bagi menghormati kemuliaan Ramadan. Meskipun tanpa perarakan, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini tetap menampilkan satu persembahan yang begitu unik dan kreatif dalam menyampaikan mesej 1Malaysia sebagai penjana transformasi negara.

Tampil dengan kepelbagaian persembahan yang menakjubkan sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan kali ini, 1Malaysia Menjana Transformasi, kehadiran kira-kira 15,000 orang bersama Jalur Gemilang dikibarkan pada acara kemuncak sambutan turut memeriahkan lagi acara sambutan.

Acara bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah ke stadium tersebut. Mengiring keberangkatan baginda berdua, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri masing-masing.

Menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) serta duta-duta asing adalah antara kenamaan lain yang turut hadir. Dalam pada itu, semangat patriotik mula bergema ke seluruh stadium apabila kata keramat Merdeka dilaungkan tujuh kali dan diikuti dengan laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

 
Keunikan amat terserlah dengan penggunaan imej, kad serta penataan cahaya yang boleh disifatkan sebagai amat mengagumkan terutama ketika memberi mesej mengenai dasar-dasar terbaru kerajaan seperti Petunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Pelan Transformasi Kerajaan. Secara umumnya terdapat lapan segmen persembahan iaitu Gagasan 1Malaysia; Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10); NKRA; kreatif dan inovatif; Model Baru Ekonomi (MBE); kejayaan negara; kepantasan bertindak dan nyanyian lagu-lagu patriotik.


Pada setiap segmen ditonjolkan beberapa gerakan para peserta dengan digabungkan dengan koir, kumpulan bercerita berirama, imej, kad serta penataan cahaya. Meskipun pada sambutan kali ini tidak ditonjolkan perarakan kelengkapan ketenteraan dan anggota keselamatan lain, persembahan oleh lebih 2,000 anggota tentera, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak kurang hebatnya.




Ini termasuk tempur tanpa senjata (TTS), gerakan anti pengganas serta kawat senyap. Paling mencuri tumpuan ialah drama aksi terjunan dari Unit Lawan Keganasan yang cuba menyelamatkan tebusan menerusi segmen Kepantasan Bertindak.

Rais ketika ditemui selepas sambutan itu berkata, pihak kementerian amat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh semua peserta dalam menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.





Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
Sumber: Utusan Malaysia, 1 September 2010-09-01




Poster-poster Kemerdekaan













Here are some interesting posters I found on the internet. Enjoy! :)

Tuesday, September 14, 2010

Aktiviti Kebangsaan Kemerdekaan

These programs stated below are some of the events that will be held this month by the government in conjunction with our 53th Independence Day (Kemerdekaan Malaysia ke-53) 
For more info, pls visit www.malaysiamerdeka.gov.my














• Meraikan warga RTM yang lahir pada 31 Ogos

Tarikh: 1 September 2010
• Perayaan Hari Malaysia
i. Pameran
ii. Pertandingan Koir Patriotik
iii. Acara Rasmi 

Tarikh: 16 September 2010
Tempat: Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
• Bicara Tokoh RTM mengenai Kemerdekaan
• Lukisan Graffiti 1Malaysia Menjana Transformasi

Tarikh: 21 September 2010
• Peraduan Mewarna Merdeka 50
Tarikh: 25 September 2010
• Manifestasi Puisi Kemerdekaan
Tarikh: 23 – 25 September 2010
Masa: 9.00 pagi - 11 malam
Tempat: Taman Budaya Negeri Melaka
Agensi Pelaksana: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Thursday, September 9, 2010

Sejarah Kemerdekaan -info-

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.


 Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.


 
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.


Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.


Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.



Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

 7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.


9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.


Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.


Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.


Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.


 Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Sejarah Kemerdekaan

Here is a short clip i specially made to summarize how Tunku Abdul Rahman and his team gained independence for Tanah Melayu. As the proverb says, pictures worth a thousand words, so enjoy!